SEKOLAH PONDOK


Sistem Pendidikan Yang Dijalankan Dalam Institusi Pondok Di Alam Melayu.



Pengenalan :

Maksud institusi pondok :
perkataan pondok berasal daripada perkataan Arab fuduqun yang bererti rumah tumpangan atau tempat 
 para pengembara. Dalam konteks institusi pendidikan Islam, ia dikaitkan dengan rumah-rumah kecil yang didirikan sebagai tempat tinggal pelajar, berhampiran surau atau madrasah dan rumah tuan guru di sebuah kawasan khas.


Lokasi institusi pondok :
Dikenali sebagai pesantren di Pulau Jawa dan Madura, surau di Minangkabau dan langgar di pulau-pulau lain. Di Tanah Melayu tertumpu di Pattani, Kelantan, Trengganu dan Kedah. Pondok-pondok itu dikenali berdasarkan nama guru yang menjadi pengasasnya atau nama tempat/kampung seperti pondok Tok Kenali dan pondok Pasir Tumbuh di Kelantan





Erti pendidikan :
Proses pemindahan ilmu dan budaya sama ada secara formal atau tidak formal. Institusi pondok adalah sistem pendidikan secara formal dan tinggi.





Isi :

Perkembangan kewujudan institusi pondok :
Institusi pendidikan sebegini dikatakan bermula dengan kedatangan seorang guru agama atau ulama dari luar mengajar ilmu agama kepada orang-orang kampung di mana pengajaran dilakukan secara ikhlas atau sukarela kerana Allah s.w.t.
Dengan pertolongan orang-orang kampung , rumah guru dan pondok didirikan dalam satu kawasan berdekatan. Tempat terdirinya kediaman berkenaan biasanya milik guru berkenaan atau diwakafkan oleh individu2 tertentu.




Ilmu agama :
Dari segi pembelajaran sukatan pembelajaran yang didedahkan kpd para pelajar adalah tidak tersusun, ia bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir, fekah, nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Para pelajar juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab.




Ilmu perubatan :
Sesetengah institusi pendidikan pondok mendedahkan ilmu perubatan tradisional yang menggunakan bahan-bahan spt akar kayu di samping jampi-jampi yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Antara kitab yang berkaitan ialah Tashil al Manafi fi al Tibbi wa al Hikmah, Kitab Mujarabad dan lain-lain.




Mata pelajaran sampingan :
Untuk menghilangkan rasa jemu di kalangan para pelajar mata pelajaran spt bernasyid, berzanji, marhaban dan qasidah turut diajar




Bahasa pengantar :
Pembelajaran dijalankan dalam bahasa Melayu memandangkan banyak kitab-kitab Arab telah diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.




Tenaga pengajar :
Para pelajar diajar secara percuma, guru di sekolah pondok hanya mendapat khidmat tenaga anak-anak muridnya yang mengerjakan tanah sawah atau kerja-kerja pertukangan.
Hubungan antara guru dan anak-anak muridnya amat rapat, buka sahaja kerana kealiman guru berkenaan, bahkan rasa tanggungjawab guru berkenaan apabila para ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka untukdididik oleh guru berkenaan




Tempoh belajar :
Tempoh masa belajar di sekolah pondok tidak terhad, ada di kalangan para pelajar berada di institusi ini selama 10 tahun, malah ada di kalangan yg berpindah dari satu pondok ke pondok yang lain




Kaedah pembelajaran :
Dalam bentuk halaqah, di mana para pelajar akan membuat separa bulatan mengelilingi guru mereka. Selain itu guru-guru juga menggunakan kaedah hafalan, syarahan (kuliah), perbincangan (muhadatah), soal jawab perdebatan (mujadalah), pengembaraan (rehlah) dan lain-lain




Lepasan pondok :

Mereka akan menjadi tenaga pengajar di institusi pondok. Ada yang melanjutkan pelajaran ke Aceh, Mekah dan Madinah, kemudian apabila kembali mereka mengajar di pondok yang sama atau di tempat lain. Mereka juga boleh menjadi pendakwah di surau atau masjid.


No comments:

Post a Comment